19 Januari 2011

Happy Birthday-->>Nur Aisyah al-Humairai'


18 Jan 2007, jam 9.30pg @ Hospital Sultanah Zahirah...lahirlah baby perempuan yang diberi nama Nur Aisyah al-Humaira'...itu 4 tahun dulu...sekarang baby ni sudah membesar dengan sihat dan pintar sekali...bila lihat Humaira' mbesar ni aku dah lupa kesakitan semasa melahirkan dia dulu..sebab aku lahirkan dia normal, kakak dia ceaser....jadik Humaira' lah org pertama lahir ikut 'tut'...sakit wehhhhh...x sama ngan ceaser main belah pastu dh siap....perpun ini lah pergorbanan seorang ibu kan...4 tahun aku rasa satu jangka masa yg cepat berlalu...tengok2 dia sudah besar..

Pagi2 aku n En.Din kejutkan dia bangun tok pi sekolah n wishkan happy birthday tok dia...bukan main suka lagi...ceria je...yg plg best birthday dia sama ngan 'bucuk'@bantal busuk dia...sebab yg kukuh sama birthday adalah sbb aku beli masa nak lahirkan dia...kira samalah tu..dia happy sgt bila aku wish bucuk sekali...sbb itulah teman n penyelamat dia...hihihi...yg plg aku n En.Din terharu giler tu...

Humaira': "Abi, natikan abi dengan kakak beli kan kek besday adik...pastu adik dengan ummi balik rumah...nati abi buatlah suprise!!!!!" - dia punye besday dia yg rancang sendiri....siapa yg tak terharukan...mcm mana nak wak suprise sedangkan dia dah tahu..hhahahahaha..kelakarlah adik ni...

Perpun aku ngan En.Din mmg ada rancangan yg tersendiri..tapi dah dibocorkan oleh besday girl...mana entah dia dapat idea tu pun aku tak tahu dlm mimpi kot....budak pintar betullah adik ni...

Happy birthday sayang....

Jika kamu alim jadilah obor kepada semesta
Jika kamu jahil bernaunglah di bawah cahaya.
Jika kamu kaya jadilah bank kepada masyarakat

Jika kamu miskin berbanggalah untuk keredhaan Tuhanmu hindarlah dari meminta-minta
supaya terpelihara keizzahanmu
biarlah kamu miskin dengan Tuhanmu
kaya dengan manusia

Jika kau saudagar
jauhilah riba betulkan timbangan
berbuat adillah dalam berjual bell
jika kamu perlu mintalah kepada Tuhanmu agar manusia tidak menghinamu

Jika pemimpin jadilah payung kepada umatnya

rendahkan sayapmu jika kamu dipimpin
serahkanlah kepada kebijaksanaan ketuamu

Jika kamu pejuang
banyakkan mengingati Tuhanmu hadapilah musuh
jangan melampaui balasan-batasannya.

Jika kamu menderita, tersiksa berserahlah kamu itu tanda 'basyar' dari Tuhan Tuhan kasih padamu
kasih Tuhan itu lebih dari kasih seorang ibu kepada anaknya

Adik, satu je yang adik kena ingat sampai bila2...kasih sayang ummi dan abi adalah kasih sayang yang abadi sehingga ke akhir hayat....yang tidak boleh dijual beli @ dibeli dimana2...i love u sayang.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan