27 April 2010

Nanny 911


Setiap Isnin, 8.30PM @ TV7....aku n Mr.S pasti layan ceta nie...memang best giler...bukan ceta romantik @ ceta lawak..ceta nie tentang cara kita mdidik anak...betul ker apa yg kita buat selama nie..ngan anak2...cara layanan kite kat anak2....kadang2 kite terikut2 cara org tua kite mdidik anak2...skrg zaman dah berbeza...perangai anak2 skrg pung byk yg bbeza..mybe anak2 skrg byk terdedah ngan media elektronik........ambiklah sedikit masa anda utk melihat rancangan nie....pasti tak merugikan.....

Antara Nanny 911 yg paling aku suka ialah Nanny Deborah Carroll n Nanny Stella Reid

Nanny Stella Reid

Stella Reid kelahiran 3 Oktober 1964 di Burnley, Lancashire Inggris itu, memang sebelum menjadi bintang TV adalah pengasuh biasa.

Antara rahsia Nanny Stella adalah tegas ternyata lebih berhasil dalam mendisiplinkan anak2 dan rahsia Nanny Stella itulah yang membuatnya berjaya dlm membantu keluarga yang kesulitan mendidik anak. Kadang2 kita tak dapat nak bezakan antara tegas ngan marah. Nanny Stella memiliki karakter yang tegas tapi penuh kasih sayang dalam mendidik anak.

Nanny Deborah Carroll

Nanny Deborah @ panggilan manjanye Nanny Deb...dengan 22 tahun pengalaman datang membantu. Banyak peristiwa dapat dilihat dalam masa 7 hari nanny Deborah bersama mereka. Banyak juga yang dapat dikutip dari nanny... nasihat dan kata-katanya. Antaranya:
  • Anda tahu bagaimana untuk memanjakan dan mendidik anak-anak tetapi anda tidak tahu bagaimana meletakkan had pada mereka.
  • Sebagai ibu bapa kita juga adalah guru kepada anak-anak.
  • Apa salahnya jika anak anda rasa sedih dan rasa bersalah? Bagaimana mereka mahu belajar untuk menangani emosi mereka?
  • Ada cara yang lebih baik untuk menyayangi dan mendidik anak-anak.
  • Ibu bukan segala-galanya.
  • Anda selalu 'menyelamatkan' mereka, itu sebabnya mereka mahukan anda.
  • Anda selalunya menang, itu sebab dia tidak mengamuk.

Nanny juga ada letakkan beberapa peraturan kepada keluarga:

  1. To respect each other
  2. Every action have consequences
  3. "I want" is not to get
  4. Hands are not for hitting

Dari rancangan tu kita boleh nampak beberapa kesilapan yang ketara, antaranya:

  1. Suami dan isteri tak sependapat dalam mendidik anak
  2. Isteri rasa dia yang betul dan dia sahaja yang boleh uruskan anak-anak dan anggap suaminya tidak tahu apa-apa. Jadi dia suka masuk campur setiap kali suami cuba menjalankan tanggungjawab sebagai ayah
  3. Isteri rasa tugasnya adalah untuk buat supaya anak tak menangis. Oleh itu, dia tidak bertegas sebab tak mahu anak menangis... langsung...!!!
  4. Isteri tak percaya suaminya boleh jalankan tanggungjawab dan rasa suaminya salah.

2 ulasan:

  1. hm, nak sgt tgok program nie tp slalu jerk tlpas, bielr tgok da abis da....

    BalasPadam
  2. kena tengok nih...patotlah...instinct kuat utk tgk...

    BalasPadam