17 Ogos 2012

Kuih raya...


Ni lah kuih raya ai tahun ni....banyak kan...jangan membazir sudah...huhuhu

Mula-mula tu main order je...pastu teringin pulak nak buat sendiri lebih-lebih ada oven kat umah..rugi kalu tak try...maka ni lah hasilnya...yg warna hitam tu almond london n koko krunch coklat itu yg ai buat...yg depan ni popia nestum ai buat sendiri tau....tak pernah-pernah buat biskut raya taun ni buang tabiat lak...ni gara2 asben n anak-anak kasi support suh wak kuih raya....boleh lah kan...try2...leh bawak balik kampung...tapi kan kalu raya-raya ni yg paling laku comfim kerepek-kerepek...kuih raya mesti tolak tepi punye.....

Maka raya taun ni cukup bmakna buat aku sbb dpt buat biskut raya..yahoooooooooo....umur 32 tahun baru nk cuba-cuba buat....sib baik ada asben n anak-anak yg tolong....hihihi




16 Ogos 2012

Kemas-kemas apa yg patut....

Terasa aura nk raya sesangat ni bila kemas-kemas umah....macamanalah time raya baru kemas umah...idoklah macam tu...cuma bila kemas2 dengar pulok lagu raya...itu yg semacam tu....
sayu je...oh syahadunya.....

Tahun ni raya tak adalah beria benor...biasa-biasa sahaja...cuma confius macamana tahun ni biskut raya rasa macam terlebih pulak....huhuhu....

Baju raya semua dah settle awal sebelum puasa lagi...malas nk pi time pose....tak larat nk dengar anak merenggek penatlah...letihlah...boleh myebabkan kemarahan ku memuncak nati...karang kurus lak pose aku...so baik aku pi sebelum pose...tahun ni baju kurung beli je..entah kenape entah...sawan kot...saja nk try beli tengok ok tak? tp bg ai lah kan...baju beli lagi murah kot dr baju jahit...kalu jahit sendiri mybe jimat....

Yang paling best taun ni raya, ai buat biskut sendiri...hahahahah....nak gelakkan diri sendiri...umur 32 tahun baru sampai seru nk buat biskut raya...main belasah buat je...maklum ler x pernah buat....plg power tu buat yg plg susah lah jugak bg ai  yg x pernah buat kuih raya ni.....biskut almond london, popia nestum n koko krunch coklat....semua main belasah je buat...tengok resepi je...lantaklah janji ada buat kuih raya taun ni, kalu nk dikatakan malas n busy mmg lah tetapi saja nak kasi pengalaman kat anak dara den...tahu lah macamana nk buat biskut raya kan....

Kat opis dah x ada org dah...semuanya dah balik raya....huhuhu....korang kalu balik raya jangan lupa pastikan rumah dalam keadaan yang baik, cabut kepala tong gas, suis barang elektrik jgn lupa tutup, pili air jgn lupa tutup...yg paling penting kunci pintu pagar....bahaya sekarang ni...penyamun & perompak time ni lah wak kejer fulltime.....

Selamat hari raya semua.....jaga diri jaga family ....

15 Ogos 2012

Lelaki Berjubah Putih Mengangkat Pemuda Syahid Dengan Sebelah Tangan


Ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh penunjuk perasaan, tiba-tiba keluar sosok tubuh seorang lelaki berjubah putih dari arah sebelah tentera Basyar Al-Assad. Lelaki itu mengangkat mangsa yang syahid dibunuh askar upahan Basyar Al-Assad dengan tenang sedangkan dibelakangnya ada tentera bersenjata.
Kelihatan lelaki berjubah putih itu tenang mengangkat pemuda yang telah mati syahid itu dengan sebelah tangan sahaja.
Manusia atau malaikat? Kalau manusia tidak hairan. Kalau malaikat, maka kita melihat dari 3 sudut hukum: hukum adat, hukum akal, hukum syarak.
Hukum adat atau kebiasaan menunjukkan ia agak pelik kerana adat dan kebiasaannya orang ramai akan gelabah dan kalut ketika pihak keselamatan mengamuk (tak percaya tanya peserta BERSIH). Tetapi lelaki berjubah dan berserban putih itu tenang sahaja seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Datangnya pula dari arah kawasan yang dikuasai tentera.
Hukum akal pula mengatakan tidak mustahil kalau itu adalah malaikat. Yang mustahil pada akal ialah seperti anak lebih dewasa dari bapa.
Hukum syarak pula boleh diambil dalilnya dari al-Quran dan Hadis. Dalam al-Quran Allah diceritakan kisah Nabi Ibrahim yang didatangi 2 Malaikat berupa lelaki segak memberitahu tentang Nabi Ibrahim yang akan dikurniakan anak dari Sara walaupun Sara tidak mampu lagi mengandung. Malaikat itu pula tidak menjamah daging lembu panggang yang dihidang oleh Nabi Ibrahim.
2 Malaikat itu juga datang kepada Nabi Lut memberitahunya supaya keluar dari negerinya sebelum waktu Subuh kerana Allah akan membinasakan negeri itu yang penduduknya beramal dengan homoseks. (Golongan LGBT, ambil perhatian perkara ini!).
Jibril as sendiri datang kepada Nabi SAW dengan rupa lelaki segak, berpakaian putih tanpa kesan musafir, rambut hitam.
Dalam beberapa riwayat disebutkan Saidina Ali juga pernah berurusan jualbeli unta dengan Malaikat Jibril dan Mikail yang berupa dengan rupa lelaki setelah Saidina Ali memberi sedekah kepada fakir miskin.
Justeru, kalau lelaki yang mengangkat orang yang ditembak itu adalah malaikat, maka ia bukanlah sesuatu yang mustahil menurut hukum syarak. Maka perkara ini boleh dianggap satu karamah kepada mereka yang syahid kerana diangkat oleh malaikat, atau kemuliaan juga bagi rakyat Syria secara umumnya yang menentang pemerintah yang zalim seperti Basyyar al-Asad itu.
Dalamasa yang sama, perlu diingat dengan ungkapan: ‘Al-Istiqaamatu khairun min alfi karaaamah’ . Istiqamah iaitu tetap dalam prinsip agama, perjuangan, ibadah dan kehidupan menurut Islam sebenarnya lebih baik dari seribu karamah (kemuliaan) yang diberi yang ditunjuk antaranya melalui klip video tersebut.
Moga Allah membantu rakyat Syria yang dizalimi dan menghancurkan kezaliman dan penzalim di seluruh pelusuk bumi ini.

10 Ogos 2012

Jom baca....

Satu komen di artikal yahoo menarik minat aku ..

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam
 
sharing is caring

08 Ogos 2012

Haram Wanita Memakai Loceng Kaki

 
Setiap Muslim dan Muslimah hendaklah menjaga tata cara pergaulan dan pemakaian apabila berhubung dengan bukan mahram seperti di tempat kerja.

Paling utama dalam hal pemakaian kerana cara berpakaian dapat menarik perhatian orang lain yang bukan mahram. Memakai gelang kaki bagi wanita Islam dengan bunyi loceng itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian rakan sekerja yang lain untuk berpaling melihat ke arahnya dikira bercanggah dengan tata cara pemakaian dan pergaulan seorang wanita Muslimah dan Mukminah.

Itu sebabnya ia dihukum haram apabila bertujuan sedemikian dan pemakaian hiasan sedemikian perlu dielakkan. Ini jelas apabila al-Quran menggariskan berkenaan tatacara bergaul dan berpakaian seorang wanita Islam iaitu :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur (24): 31)

Dalam ayat ini, kita boleh simpulkan termasuk dalam ‘menghentak kaki’ ialah memakai gelang berloceng dan memakai kasut bertumit keras sehingga mengeluarkan bunyi.

Islam melarang perbuatan itu kerana ia menarik perhatian orang sehingga terserlah perhiasan diri seseorang wanita. Manakala memakai gelang kaki berloceng bagi anak-anak perempuan yang masih kecil dan bertujuan untuk pengawasan pula adalah harus.

Ia tidak termasuk dalam larangan di atas kerana tidak bertujuan menarik perhatian lelaki dan usianya masih kecil.
Kredit: Sumber

12 Januari 2012

~FAKTA-FAKTA MENARIK~


SEKADAR INFO (^_^)

1. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
2. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.
...
3. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

4. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

5. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km.

6. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

7. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
8. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

9. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

10. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

11. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

14. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

15. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu.

16. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah.

17.Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi
satu perkataan.

03 Januari 2012

Happy New Year


Tahun baru sudah sampai maka dengan ini umur pun meningkat....huhuhuhu
azam tahun baru 2012 masih dok pikir tapi rasa2nya makin mencabar n makin bagus dari tahun2 yg lalu kot.....untuk tahun baru ni memang banyak listnya yg nak buat...mybe beribu2 mukasurat...hahahhaha...samaada terlaksana @ tidak hanya kita sahaja yg tahu.....
bagi tahun 2012, ofcoz mahu tambah anak, mahu sukses dlm bisness aku...mana tahu dapat jadik jutawan...aminnnnnnnn....banyak lagi sebenarnya azam utk tahun baru tapi biarlah rahsia
untuk kawan2 blogger semua, aku harap azam korang utk tahun baru ni tercapai dengan suksesnya...aminnnn....

SELAMAT TAHUN BARU 2012.....SEMUA, I LOVE U ALL