Ketika askar upahan rejim Basyar
Al-Assad sedang menggila membunuh penunjuk perasaan, tiba-tiba keluar
sosok tubuh seorang lelaki berjubah putih dari arah sebelah tentera
Basyar Al-Assad. Lelaki itu mengangkat mangsa yang syahid dibunuh askar
upahan Basyar Al-Assad dengan tenang sedangkan dibelakangnya ada tentera
bersenjata.
Kelihatan lelaki berjubah putih itu tenang mengangkat pemuda yang telah mati syahid itu dengan sebelah tangan sahaja.
Manusia atau malaikat? Kalau manusia
tidak hairan. Kalau malaikat, maka kita melihat dari 3 sudut hukum:
hukum adat, hukum akal, hukum syarak.
Hukum adat atau kebiasaan menunjukkan ia
agak pelik kerana adat dan kebiasaannya orang ramai akan gelabah dan
kalut ketika pihak keselamatan mengamuk (tak percaya tanya peserta
BERSIH). Tetapi lelaki berjubah dan berserban putih itu tenang sahaja
seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Datangnya pula dari arah
kawasan yang dikuasai tentera.
Hukum akal pula mengatakan tidak mustahil kalau itu adalah malaikat. Yang mustahil pada akal ialah seperti anak lebih dewasa dari bapa.
Hukum akal pula mengatakan tidak mustahil kalau itu adalah malaikat. Yang mustahil pada akal ialah seperti anak lebih dewasa dari bapa.
Hukum syarak pula boleh diambil dalilnya
dari al-Quran dan Hadis. Dalam al-Quran Allah diceritakan kisah Nabi
Ibrahim yang didatangi 2 Malaikat berupa lelaki segak memberitahu
tentang Nabi Ibrahim yang akan dikurniakan anak dari Sara walaupun Sara
tidak mampu lagi mengandung. Malaikat itu pula tidak menjamah daging
lembu panggang yang dihidang oleh Nabi Ibrahim.
2 Malaikat itu juga datang kepada Nabi
Lut memberitahunya supaya keluar dari negerinya sebelum waktu Subuh
kerana Allah akan membinasakan negeri itu yang penduduknya beramal
dengan homoseks. (Golongan LGBT, ambil perhatian perkara ini!).
Jibril as sendiri datang kepada Nabi SAW dengan rupa lelaki segak, berpakaian putih tanpa kesan musafir, rambut hitam.
Dalam beberapa riwayat disebutkan
Saidina Ali juga pernah berurusan jualbeli unta dengan Malaikat Jibril
dan Mikail yang berupa dengan rupa lelaki setelah Saidina Ali memberi
sedekah kepada fakir miskin.
Justeru, kalau lelaki yang mengangkat
orang yang ditembak itu adalah malaikat, maka ia bukanlah sesuatu yang
mustahil menurut hukum syarak. Maka perkara ini boleh dianggap satu
karamah kepada mereka yang syahid kerana diangkat oleh malaikat, atau
kemuliaan juga bagi rakyat Syria secara umumnya yang menentang
pemerintah yang zalim seperti Basyyar al-Asad itu.
Dalamasa yang sama, perlu diingat dengan
ungkapan: ‘Al-Istiqaamatu khairun min alfi karaaamah’ . Istiqamah iaitu
tetap dalam prinsip agama, perjuangan, ibadah dan kehidupan menurut
Islam sebenarnya lebih baik dari seribu karamah (kemuliaan) yang diberi
yang ditunjuk antaranya melalui klip video tersebut.
Moga Allah membantu rakyat Syria yang dizalimi dan menghancurkan kezaliman dan penzalim di seluruh pelusuk bumi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan