09 Mei 2011

al-fatihah....

Sudah genap 10 hari ibu mertuaku pergi menemui Ilahi iaitu pada 30 April 2011 (Sabtu) di Hospital Muar...al-fatihah ku hadiahkan buatmu mak...semoga rohmu dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....

Sejak aku kahwin mak memang tak boleh berdiri dan berjalan dengan sendiri tanpa guna tongkat sebab mak ada parkison...perlu bantuan tongkat dan kerusi roda....tapi mak sentiasa senyum dan cuba nak berborak2 ngan kita tapi suara mak kadang2 tak jelas dipedengaran tapi mak dapat dengar apa yang kita cakapkan.....bila aku tanya "mak kenal tak sapa ni...kenal min"....tapi setahun yang lepas mak dah tak ingat sapa diri ini....kadang2 mak sebut nama anak2nya...kadang dia sebut nama lain kat anak2 dia....tapi yang pasti kasih-sayang dia kat anak2 tak pernah berbelah bagi...kasih sayang ibu sepanjang hayat.....

Mak pergi dengan hati yang tenang sebab dapat jumpa semua anak2nya...kali terakhir anak bongsu yang bersama mak...mak menghembuskan nafas yang terakhir lepas anak bongsunya menghabiskan surah Yassin....mak meninggal di Hospital Muar disebabkan strok kali ke-3 menyerang mak....sehingga mak koma 2 minggu dihospital....kasihan sangat tengok mak kaku dikatil hospital bertemankan wayar2 yang berselerak.....

Mak, terlalu singkat rasanya diri ini mengenali dirimu....merasai kasih sayang mu....merasai sentuhanmu...sehingga ke hari ini terasa lagi sentuhan mak...bau mak saat bibir ini mengucup dahimu...maafkan diri ini mak....ampunkan dosa2 menantu mu ini.....

Aku gembira sangat sebab mak sempat tinggal kat rumah baruku walaupun hanya beberapa hari sahaja...

2 ulasan:

  1. kak min, sedih sgt bc ni..al fatihah tuk arwah. semoga d tmptkan d kalangan org beriman..amin.

    BalasPadam
  2. semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan dikalangan org2 beriman :)

    BalasPadam