21 Februari 2011

Silat Gayong....

20 Feb 2011 (Ahad)









Hari weekendku dihabiskan temankan anak ada upacara silat yang dinamakan Silat Gayong (Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia) kat Gelanggang Cempaka Sari, BBST. Upacara kali ni mengabungkan 7 buah gelanggang silat gayong bagi mengadakan upacara pengambilan murid baru iaitu mandi seni dan mandi tapak dan ujian bagi anak murid yang bakal dapat bekung. Hari ni kakak ada upacara pengambilan murid baru silat gayong dan mandi seni. Mandi seni merupakan peringkat penuntutan ilmu ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Pelatih akan memperoleh perbezaan dalam penuntutan ilmu (dibenarkan mempelajari ilmu Silat Seni Gayong setinggi mana yang mampu, termasuklah bermain apa jua senjata - tertakluk kepada syarat-syarat tertentu), kedudukan, dan mulai memegang tanggungjawab. Dalam upacara ini, pelatih dikehendaki bersih daripada hadas kecil dan besar(berwuduk). Dalam upacara ini diperlukan 7 jenis kuntum bunga dan 21 jarum (simbol bg 21 senjata yang akan dipelajari nanti) dan limau (untuk mandi), jangan risau upacara ini tidak dipegaruhi khurafat sebb 7 jenis kuntum bunga dan limau hanya untuk mandi dan 21 jarum itu akan diambil balik oleh cikgu. Peringkat mandi seni ni kebanyakkan pelatih terdiri dari perempuan sahaja, sebb utama mereka amat perlukan senjata utk mpertahankan diri mereka dari serangan, perempuan lemah dari segi tumbukan berbanding lelaki. Manakala mandi tapak merupakan pelatih hanya dibenarkan mempelajari ilmu Silat Seni Gayong setakat pelajaran Tapak Gayong sahaja, kebanyakkan mandi tapak ni adalah lelaki sahaja. Upacara yang dilakukan lebih kepada adab dan adat sahaja tanpa sebab2 lain.

Apa yang aku tahu seni silat gayong ni memang bagus sebab mereka menerapkan nilai-nilai murni pada diri pelatih iaitu tidak boleh meninggalkan solat, menghormati kedua ibu bapa, menghormati guru-guru dan pelatih2 lain. Apabila berada dalam gelanggang hendaklah berwuduk terlebih dahulu dan memulakan dengan ayat-ayat suci al-quran.

Antara gelanggang yang aku tahu setakat ni Gelanggang Cempaka Sari (Hari rabu + jumaat, 9 mlm) dan Gelanggang Kampung Labu Lanjut (Hari sabtu + ahad, 8.30 pagi). Setakat ni dua2 gelanggang aku pi, yerlah budak sekolah kan...malam2 susah sket kan. Isyia baru 2 bulan join, dia memang minat sesangat ngan seni mpertahankan diri ni...kakak antara anak murid yang paling muda....

Sebenarnya penting sangat seni mpertahankan diri ini untuk kita dan anak2, almaklumlah zaman skrg ni macam2 hal berlaku..sekurang2nya berusaha mpertahankan diri sebelum menyerah kalah dan tidak panik bila berlaku sesuatu perkara....lagipun kita bukannya sentiasa ada disamping anak2 kan....



Ini video salah satu ujian yg perlu dilakukan pelatih untuk mendapat bengkung putih ke hijau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan