30 Disember 2010

Tahniah!!! Pemain Malaysia

Tak pernah2 layan bola malam tadi entah angin kus2 mana entah yg ajak aku tengok bola...sebenarnya tertengok atau dengan ayat yg plg best lagi sbb abang sayang dah buka TV confirm satu rumah kena tengok kan...aku bukan apa, seram sebenarnya nak tengok bola takut Malaysia kalah..biasalah manusia yg tak dpt nak terima hakikat mmg cam gitu. Tapi kan aku berani tengok sbb aku dah rasa Malaysia menang...yerlah dah kalahkan Indonesia 3-0... berdebar2 jugak hati ni bila time Malaysia berlawan kat sana, banyak sangat tekanan daripada rakyat Indonesia..biasalah tak dapat nak terima hakikat yang kita menang 3-0 tu..entah apa2 lah diorg ni..Yang pasti pemain2 kita memang power giler terutama penjaga gol Malaysia...yang berusaha keras mempertahankan Malaysia w;pun 2 kali tergelincir. Tahniah kepada pemain Malaysia yang berusaha keras dan berdiri teguh mempertahankan kejuaraan Malaysia..kita juga jangan lupa pada jasa jurulatih Malaysia iaitu Raja Gopal, tanpa dia siapalah kita kan? Sultan Pahang kena kasi pangkat Datuk ni kat Raja Gopal atas jasa beliau kepada Malaysia...MALAYSIA BOLEH!!!!!
Hadiah paling bermakna buat rakyat Malaysia untuk tahun baru, dan hadiah paling bermakna buat aku ESOK CUTI UMUM!!!!..yahoooo!!! best giler.....terima kasih PM.

myMetro | Esok cuti umum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan