Hari ini merupakan tahun akhir kita untuk tahun 1431Hijrah, esok kita akan sambut Awal Muharam 1432Hijrah. Apakah dalam fikiran setiap manusia sekarang ini? atau adakah semua orang sudah lupa bahawa esok Awal Muharam, mungkin juga. Aku tanya pada diriku sendiri, apakah perubahan yang telah aku lakukan untuk diri aku dan juga keluarga. Bila difikirkan banyak kenangan manis dan pahit pada tahun lepas. Kadang-kadang kita tidak mahu ungkit segala peristiwa dulu..kalau boleh biarlah ia berlalu seperti angin bertiup....Mungkinkah bila menjelmanya tahun baru akan membawa satu perubahan yang paling baik buat kita?atau tiada sebarang perubahan pun?tepuk dada, tanya diri sendiri..sebab segala persoalan itu datangnya dari diri kita sendiri bukannya orang lain, sebab kita yang akan mencorakkan diri kita bukannya orang lain. Aku? sebab tahun depan memang banyak perubahan yang aku perlu lakukan buat diriku sendiri dan juga keluarga...banyak masa yang perlu aku korban untuk keluarga. Tahun depan anak-anak sudah bersekolah, bila anak-anak sudah melangkah alam persekolahan pelbagai ragam dan karenah perlu diambil perhatian. Insyallah, segala perubahan yang akan kita lakukan untuk kearah kebaikan akan mendapat restu Ilahi, insyallah....
Marilah kita berdoa memohon keampunan dan kesejahteraan hidup dari Yang Maha Besar....
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan