22 November 2010

Dipagi raya

Tarikh : 17 Nov 2010 (Rabu)
Tempat : Kampung Batu 10, Terengganu
Masa : 7.30 pagi

Dipagi raya nan indah, sebelum pi solat raya kita pekena dulu sarapan dengan Laksa Terengganu dan tidak dilupakan Tapai sekali....kenapa kitorg pilih menu Laksa Terengganu kali ni sebb ptg sat lagi kita makan gulai daging (majlis aqiqah) . Kat Terengganu kebiasaannya dipagi raya bersarapan dengan nasi dagang, nasi minyak dan laksa Terengganu.. Kalu hangpa nak carik lontong, nasi himpit..mintak maaf takan jumpe punya...Laksa dan Tapai lagi sedap bila bonda yang buat..air tangan tu yg myebabkan sentuhan bonda itu magic...betul tak?kalu korang nak try buat sendiri kat rumah boleh aje...bawah ni ada resepinya...

laksa yang sudah siap diletakkan bahan2..tunggu utk dimakan je....nak makan kena gayanya baru sedap..iaitu digaul2 semua bahan itu mjadi sebati selepas itu anda makan dgn tangan...fuhhhhh!!!! nikmat sekali...trylah kat rumah kalu x percaya..kisah benar ni..

ini ialah bahan2 perasa+penyedap masakan..benda2 ini semua WAJIB ada baru laksa sedap...

tu dia kuah yang telah dimasak...tunggu utk makan je ni...

laksa yang fresh2 dr kilang tau....tempoh luput dia hanya 2 hari sahaja.

nilah ulam-ulaman fresh dr belakang rumah...ditanam oleh mak aku.

ulam-ulaman yang telah dihiris2 halus...disertakan juga timun dan kacang panjang yg dicincang halus dan juga taugeh...baru lengkap Laksa Terengganu kite...

Meh ler kita cuba kat rumah...

Laksa Terengganu

Bahan-bahan :

  • 1 kg. laksa basah
  • 4 - 5 ekor ikan selayang - direbus
  • 2 biji timun
  • 1 ikat pucuk gajus
  • 1 ikat kacang panjang
  • 1 kuntum bunga kantan
  • (semua di atas dipotong halus)
  • 2 biji limau nipis
  • satu biji kelapa diambil santannya
  • 4 camca besar cili giling
  • sedikit belacan
  • sedikit garam

Cara membuatnya :

  • Tumbukkan lada hitam, bawang merah bersama isi ikan
  • Jerangkan santan serta masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama dua keping asam gelugur.
  • Kacau sehingga mendidih
  • Kacau kacaukan supaya kuahnya tidak tergentel .
  • Masukkan garam dan sesuaikan rasanya barulah diangkat
  • Semua bahan yang dipotong halus tadi di masukkan ke dalam satu bekas yang berasingan
  • Sertakan sekali belacan , garam dan cili giling
  • Ketika hendak makan barulah dituangkan kuahnya
  • Sertakan juga dengan bahan-bahan yang telah dipotong tadi
  • Kalau suka masukkan daun selasih dan taugeh

Tapai

Bahan-bahan :

* 1 kg beras pulut
* 1/2 biji ragi- ditumbuk halus
* daun getah (daun lain pun boleh....tapi kat terengganu daun getah plg glamor)

Cara-cara :

1. tanak pulut. untuk tanak pulut supaya tak lembek ialah sukat dulu pulut dengan cawan dan
kira bilangannya jika 5 cawan pulut maka air juga mesti 5 cawan
2. apabila dah masak masukkan pulut dalam dulang dan rata2kan
3. tunggu sejuk dahulu, barulah ayakkan ragi diserata permukaan pulut tadi, kemudian
terbalikkan pulut dan ayakkan ragi dipermukaan yang belum kena,
4. setelah semua bahagian kena ragi, bungkuslah dengan daun pisang,
peram 2 hari


ni tapai yang telah dibungkus untuk diperam selama 2 hari...aku tak dpt nak tunjuk cara macamana mbungkus tapai sebb aku tak sampai lagi kat kampung....

nilah rupa bila tapai sudah masak ranum....


sedapnya bila masuk ke dalam mulut......manis sekali....lagi best kalu letak dlm peti ais..sejuk jer...

























Tiada ulasan:

Catat Ulasan