29 September 2010

Siri 1 : Kisah Rumah Tangga

Kenapa isteri selalu kata kalau si isteri itu teruk perangainya, itu adalah salah suami sebab tak pandai membimbing? Terfikir juga, apa fungsi otak yang dikurniakan untuk berfikir, agar dapat membimbing diri sendiri?

- Kadang2 pengaruh suami pun memainkan peranan penting buat isteri. Org ppuan ni kadang2 tu tak fikir panjang apa yang dibuat, bila dah buat mulalah menyesal. So peranan suamilah tok mengingati para isteri2 ni. Mmglah kita semua ada otak, tp cara pemikiran kan lain2.


Kenapa isteri selalu merungut penat, penat bila sampai rumah? Sedangkan di pejabat hanya bermain Facebook, bukannya buat kerja.

- Penat tau bila dok tengok FB ni, penat emosi ngan fikiran dan juga mata....Perhatian ya! tak semua isteri2 cam ni tau, tgk aku giler gak FB tapi keje rumah n layan laki ttp empphhhh (adakah sebb makjun itu)
- So para isteri jgn dok merungut ya dgn suami, senyum je....

Kenapa isteri suka mengarah suami buat itu ini? Bila suami suruh dia buat sesuatu, dia kata suami buli dia, tak kesiankan dia yg bertungkus lumus membuat kerja rumah, menguruskan keluarga? Kalau suami x turuti, dia merajuk. Musykil.

- Bukan mengarah tp mintak tolong, biasalah para isteri skrg ni byk yg bkerja...penat oooo...so kita kena saling bantu-membantu..apa yang penting kerjasama....
- Kadang2 suami ni banyak dok tengok TV dari tolong isteri kat dapur...kalu tolong isterikan bagus...senang keje isteri...tak adalah isteri nak mgarah itu ini sbb semua keje dah beres.

- Para isteri, bila mintak tolong jgnlah guna perkataan yg tak sedap didengar...cuba biasakan guna perkataan ni "abang, tolong sapu sampah kat depan tu", "abang rajin kan, tolong sayang kat dapur ni", "abang kalu buat air teh mmg sedap giler, tolong buat air boleh"...tolong pratik kat rumah ya...hihihi
- Para suami, kalu dah tengok isteri dok btungkus lumus kat dapur tu..ringan2kan tangan tolong isteri. Kalu nampak isteri penat sgt kat opis, beli ajelah makanan kat luar tak payah masak. Apa yg penting kerjasama....

Kenapa isteri susah nak mengaku salah? Bukannya susah memohon maaf dari suami. Tapi kerana ego, isteri sanggup bermasam muka berhari2 dan merajuk minta dipujuk.

- Bukan susah nak mengaku salah...tapi kerna hal kecik suami mrajuk apa kes...kadang2 para isteri malas nak pikir sgt benda remeh temeh cam ni...
- Mintak maaf tetap mintak stiap hari...tapi bab memujuk susah sket lah...
- Aku? jarang kot merajuk..kalu merajuk pun diri sdiri je yg pujuk dah le...malas nak beratkan kpala otak aku ni.

Kenapa isteri salahkan suami bila dia tidak di ajar dan di ajak bersama solat 5 waktu? Bukankah itu ajaran asas semasa kecil? Mengapa tidak berusaha memperbaiki diri dan mempelajari?

- Bukankah Ketua keluarga suami....so sebagai ketua seharusnya suami memainkan peranan yg amat penting. Takan isteri lak nak jadik imam kan.

Kenapa isteri nak dirinya dimanjakan selalu? Bila masa pulak dia manjakan suami? Ada ke? Kalau isteri peluk suami pun sebulan sekali, jgn la nak harap suami peluk awak tiap2 hari.

- Dah namanya ppuan kan, tak lari dr sifat manja nye tu.
- Bila masa pulak dia manjakan suami? yg tiap2 mana dok mintak tu apa....bukan setakat manja tau..
- Sebulan sekali? tak leh terima kenyataan tul, ada ker para isteri bg layanan suami sebulan sekali hah?...mahu kebulur suami tau...
- Apa salahnye kalu suami peluk isteri kan...bukan sapa pun isteri dia gak...halal tu...byk manafaatnye bila suami peluk isteri ni, hilang penat isteri..kalu hilang penat malam nati dpt bg servis baek punyo...

Note : Segala persoalan diatas ni aku dapat dr FB aku. Aku ada add pasal forum Kisah Rumah Tangga tp aku cam tak puas hati lak...coz byk2 soalan diatas ni semuanye cam carik pasal para isteri lak...nak kena ni...kekawan bg komen sket..betul tak aku cakap ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan