SETIAP hari sebenarnya adalah peluang yang terbaik untuk anda menzahirkan
rasa penghargaan kepada pasangan.
Ia
menunjukkan bagaimana besarnya hati anda terhadap pasangan atas setiap
pertolongan mahupun pemberian atau bermaknanya hubungan a
nda dengannya.
Sekiranya
pasangan anda kelihatan sedih dan rasa gelisah, usah diganggu dirinya,
biarkan dia tidur seketika tanpa gangguan anak-anak daripada asyik
bertanya mengapa, kenapa, apa sebabnya kepada pasangan anda atas sesuatu
yang terjadi.
Ini
merupakan satu strategi yang biasa, gunalah hadiah atau bunga untuk
menyatakan perasaan anda kepadanya. Tidak perlu mahal, cukuplah ia
datang ikhlas dari hati.
*** Credit to Cgujinggo..
Hargai
pasangan anda atas sikap tanggungjawab dan perhatiannya bukan sebab
kerjanya. Ia berasaskan apa sahaja, mungkin si dia membantu anda
memasak, mengemas rumah, menjaga anak kecil, membuang sampah atau apa
sahaja yang berkaitan dengan hubungan dan perasaan.
Beritahu
juga pasangan anda mengapa anda begitu menghargai apa yang dia telah
lakukan untuk anda biarpun dengan sekadar ucapan 'terima kasih'.
Namun
untuk mengucapkan terima kasih anda perlu kreatif, sekiranya sebutan
terima kasih hanya dilafazkan seperti selalu, tentulah kurang
'magisnya'.
Kreatifkan ucapan
Anda
boleh menyebut 'saya menghargainya..., saya amat terharu..., semoga
Allah merahmati sayang... jika pasangan anda terlupa membeli sesuatu di
pasar raya atas pesanan anda mungkin anda boleh berkata, 'tiada masalah
besar sayang...'
Beritahu masalah anda dengan jujur
Jika
anda mengalami masalah atau terpaksa bekerja lewat malam atau apa
sahaja, beritahu pasangan anda dengan sejujurnya, seperti "sayang saya
terpaksa bekerja lewat hari ini sebab hendak siapkan projek itu tapi
saya rasa sangat bersalah kerana terpaksa meninggalkan sayang lebih
lama,"
ini akan menyebabkan pasangan anda tidak terasa hati.
Beri nota terima kasih
Anda akan rasa terkejut membayangkan bagaimana hanya dengan nota terima kasih akan menyebabkan hari pasangan anda ceria.
Pujilah di depan orang ramai
Pernahkah
anda memuji dan ucapkan terima kasih kepada pasangan anda di depan
orang ramai atau jiran atau rakan? Ucapkanlah rasa penghargaan anda
kepada pasangan ketika berada di kalangan sanak saudara untuk
membayangkan rasa penghargaan anda kepada pasangan. Pasangan anda pasti
terkesima.
Ketahui hatinya
Guna kaedah biasa